Tuesday, November 20, 2007

Himpunan Lawak Budak Skolah...

Teman sekerja yg email cerita ni...tertarik dgn lawak ni..tu yg post kat blog ni...

...................................................................................

Lawak budak sekolah

PART I Cikgu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Mat.

"Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah"
"Oh Cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak."

PART II Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya,
Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.

PART III Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Mat : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??

PART IV Seperti biasa, Cikgu Nasyor nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Cikgu Nasyor mengajar budak tahun satu.Pada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk"
Selepas mengajar, beliau (Cikgu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Cikgu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnya mengangkat tangan, nama murid tu adalah Mat.
Mat : Ada Cikgu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Cikgu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Mat : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Cikgu : Allahhuakbarr!!!

PART V Cikgu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...
Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

p/s: kalau anak anda bertanyakan soklan jgnlahlah jawab dgn memain..nanti beginilah jadinya..

2 comments:

Gadis said...

wahahaha..i rase kalau u jadik cikgu, mesti u jadi mcm cikgu dlm citer ni..maklumlah..u kan suka senaman2 yang melibatkan KAKI ni..hahaha..

Mohd Rizal said...

time tu mesti i ternampak sorg murid terkebil2 membetulkan KAKI flexiblenya yg terlekat celah2 rantai beskal...sebab tu die berhenti kayuh...hahahaha