Sunday, December 30, 2007

2008

esok adalah hr terakhir untuk thn 2007....maka aku akan bermula dgn langkah baru,hidup baru(org baru masuk list ke hihihi) dan buku baru...buku 555 kekal hahahhaha..sesapa yg dapat salinan buku tu jgn la tanam azam nak tukar buku baru atau buat2 lupa eks...selesai dulu mana yg patut...untuk thn baru ni akan aku berazam (tak de kene mengena ngan mohd azam tau) supaya hidup ini semakin lengkap dari segala perihal...


p/s: selamat tinggal 2007 dan selamat dtg untuk thn 2008...

Saturday, December 22, 2007

Teletahnya Dia...My Loving Daughter...

cewah...deqna dgn bangga menunjukkan diri yg berani bermain dgn air(pas gambar ni diambil langsung kemas bergayut ngan umi...hahahaha)

jaga2..deqna nak buat terjun tiruk ni...

tutup skit pusat tu balqis...aurat..hehehe

balqis tgh buat apa tu..terkucir ker...hahahaha

Mencuit hati tgok dua gelagat anak kesayangan aku ni...si Deqna pantang kene nyakat dek kakaknya balqis disuruh buat muka busyuk...pasti terus terconget hidung yg x berapa ada tu..hahahaha

Sunday, December 9, 2007

Pemunya Blog....

Ehem2...ini bkn lah gambar suspek yg dicari2 polis tau...hehehe



Thursday, November 29, 2007

Kemusnahan


Kejadian ni sbenarnya berlaku hr ahad baru2 ni di Terengganu,sebanyak 7 buah rumah hangus dan salah satunya adalah rumah saudaraku(Tinggal pintu gerbang je) iaitu emak kepada Pengarang Kumpulan BHSB Datuk Manja Ismail.kebetulan aku ada kerja di sana jadi sempatlah jenguk sebentar.Itulah nama nya api,kecik2 kawan bila dah besar jd lawan..hanya stegah jam saje telah memusnahkan semuanya...
P/s. Semoga ada hikmah disebalik kejadian...amin...

Tuesday, November 20, 2007

Himpunan Lawak Budak Skolah...

Teman sekerja yg email cerita ni...tertarik dgn lawak ni..tu yg post kat blog ni...

...................................................................................

Lawak budak sekolah

PART I Cikgu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Mat.

"Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah"
"Oh Cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak."

PART II Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya,
Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.

PART III Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Mat : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??

PART IV Seperti biasa, Cikgu Nasyor nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Cikgu Nasyor mengajar budak tahun satu.Pada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk"
Selepas mengajar, beliau (Cikgu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Cikgu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnya mengangkat tangan, nama murid tu adalah Mat.
Mat : Ada Cikgu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Cikgu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Mat : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Cikgu : Allahhuakbarr!!!

PART V Cikgu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...
Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

p/s: kalau anak anda bertanyakan soklan jgnlahlah jawab dgn memain..nanti beginilah jadinya..

Tuesday, November 13, 2007

1..2..3 Test

Pertama kali buat blog ni..hehehehe....ni pun sebab nak comment kat blog minah kilang tu(sape eks).Kalau tak mana ada masa aku nak menulis ni..maklumla,hidup aku bnyak dihabiskan dlm tenggiling beroda 4...ini pun aku curik2 mase kat opis membuat blog...so,tak banyak yg aku dapat ceritakan buat masa ini...tunggulah di lain hari pulak untuk aku update...